Wednesday, October 26, 2011

Inginkan buah dada yang cantik, tegang dan sihat?



Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. (Senaman untuk menegangkan buah dada) Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.

Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.


Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. (Sejarah dan kenapa wanita pakai bra) Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil. (Pemilihan bra yang betul).Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.


Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada.. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila anda memakai coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas ditarik pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.

Untuk memastikan coli ada sesuai. Sewaktu mencuba, Lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.

Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.

Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih.

Lakukan pemeriksaan (teknik pemeriksaan buah dada) dua atau tiga hari selepas berhenti haid setiap bulan. Lakukan pemeriksaan didepan cermin untuk melihat tanda-tanda perubahan seperti:

- Ketulan pada dada dan bawah ketiak
- Sebarang perubahan daripada segi bentuk dan saiz
- Bengkak, kemerahan, perubahan warna kulit dan rasa panas
- Puting masuk ke dalam
- Rasa sakit yang tidak berkait dengan datang bulan
- Keluar darah atau lendir bukan susu pada puting

Cara pemeriksaan buah dada yang betul perlu dipelajari. Dapatkan nasihat doktor atau hadiri kelas khusus untuk pemeriksaan buah dada sendiri. Anda boleh hubungi Persatuan Kebajikan Barah Buah Dada.

Jika ada sebarang perubahan, dapatkan pemeriksaan doktor. Walaupun ia mungkin bukan petanda penyakit, namun setiap perubahan adalah penting. Pengesanan dan rawatan awal dapat memberikan peluang yang besar untuk pulih dan menyelamatkan nyawa. Jangan malu mendapatkan kepastian doktor.

Permakanan yang sihat dan sesuai boleh membuat tisu buah dada sentiasa sihat. Antara pemakanan yang terbaik untuk memastikan kesihatan buah dada ialah biji Apricots kerana ianya kaya dengan Vitamin B17. 

Kajian saintifik membukti Vitamin B17 dapat membantu membunuh sel kanser / cancer.

Pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan pengambilan lima hidangan satu hari sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya. Satu hidangan adalah sebesar tapak tangan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat yang tidak dapat dibotolkan. Ia dapat membantu badan membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan melindungi sel-sel daripada berkembang kepada sel-sel yang boleh menjadi kanser.

Bagi wanita, amalkan permakanan yang berasaskan soya. Semakin kerapkan pengambilan soya apabila usia semakin bertambah. Pengambilan kacang soya adalah pada kadar 40 ke 80mg sehari.

Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan sayur-sayuran dan fiber.


Bagi wanita yang mahukan buah dada yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah penting. Bersenamlah (senaman untuk membesarkan buah dada) kerana membantu dalam melancarkan edaran darah beroksigen.


Petua untuk suami isteri. Jika berkesempatan, pancutlah air mani pada dada wanita. (Cara meningkatkan kualiti air mani) Air mani itu kemudiannya disapu seluruh kedua-dua buah dada dalam pusingan jam. pastikan ia disapu rata. Tunggu ia kering sebelum membersihkan ia dengan air. Petua ini dikatakan dapat menegangkan buah dada wanita.



No comments: